Teman RAN's

Friday, April 29, 2011

Diet Rabbit: Daun Jenjuang (1 Perkongsian)

Sebagaimana yang diketahui ramai, rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Selain itu, rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam rajajuga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab amat mudah didapati terutama di kawasan kampung.
Namun apa yang Aku ini berkongsi adalah sejenis tumbuhan renek yang dikenali sebagai DAUN JENJUANG boleh dijadikan diet Rabbit juga..mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang khasiat daun ini...selain daripada dijadikan makanan Rabbit, tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk rawatan tradisional...

Aku kerap juga bagi Rabbit-Rabbit Aku makan daun Jenjuang...Aku akan carik-carikkan dahulu sebelum diberi kepada Rabbit..

Disini Aku perturunkan serba sedikit info tentang Daun Jenjuang

Nama Saintifik: Cordyline Terminalis
Nama Lain: Senjuang, Juang Juang
Family: Agavaceae


Gambar Pokok Daun Jenjuang


Pengenalan Pokok Daun Jenjuang
Pokok renek , batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang. Akarnya kembung menjadi ubi. Daun ringkas dalam susunan berpilin, bentuk memanjang, membujur atau berbentuk mata lembing, sepanjang 45 sm dan 7.5 – 15 sm lebar; tangkai daun panjang, leper, ada jenis berdaun hijau dan ada pula berwarna merah, merah jambu atau ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Jenjuang spesismerupakan tumbuhan asli di Asia tropika, Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan Polinesia. Ia ditanam di serata negara.

Kandungan
Ubi – kanji
Seluruh bahagian – Tanin, (Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan, mengatasi bengkak atau radang, menyembuhkan luka, lecur dan terbakar; serta melegakan mata yang terlalu letih.), karbohidrat, serabut dan mineral.


Kaedah pembiakan
Jenjuang ditanam dengan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Boleh menggunakan kaedah tut...... amat mudah ditanam di mana keratannya akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Jenjuang sesuai ditanam di dalam pasu, atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok.


Khasiat Ubatan
***Nota : Jenjuang atau senjuang merujuk kepada beberapa spesis tumbuhan. Untuk tujuan ubat herba, hanya spesis tercatat yang dimaksudkan.

Akar : Air rebusan diminum untuk merawat batuk darah, cirit-birit, disentri, kencing berdarah, kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.
Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.
Daun :
  • Air rebusan diminum untuk merawat batuk, batuk darah, disentri, demam panas, kencing berdarah dan perit, kurang atau pun tiada haid, penyakit di dalam ginjal, tibi dalam paru-paru, sakit kepala dan radang usus.
  • Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.
  • Daun segar ditumbuk lumat, cecairnya diperah dan dititiskan pada luka dan lebam. Daun segar yanmg ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar ditampal pada bisul, kudis, kudis cacar dan sakit sendi.
Kayu : Kulitnya dikikis halus-halus, dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.
Ubi : Dimakan bersama daun sirih untuk menghentikan cirit. Ubinya daripada pokok yang berdaun merah dimakan bersama daun sirih untuk merawat disentri.

OK cukup disini info tentang Jenjuang...jika aku free Aku akan cuba kongsi info yang lain pula........
.

2 comments:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete