Teman RAN's

Saturday, April 2, 2011

Story #2


Sebagai orang baru dalam hobi memerlihara Rabbit; Aku terpaksa belajar untuk mengenali Rabbit…jika ada masa lapang pasti Aku akan surf internet untuk mendapatkan apa sahaja story tentang Rabbit…maka Aku tahulah makanan kesukaan Rabbit, penyakit Rabbit dll. Terima kasih kepada penternak pentenak Rabbit yang sanggup berkongsi pengalaman di dalam blog. Banyak maklumat yang Aku dapat. Selain itu Aku juga mencari rakan Rabbit melalui facebook.
Pada masa permulaan Aku hanya memerlihara 2 ekor Rabbit jenis LionHead….tapi tak sempat nak capture pic, tiba-tiba sahaja...Run (DOE) telah pergi dahulu mengadap Ilahi… Seingat Aku, Run tidak menunjukkan tanda tanda sakit… Malam tu sebelum masuk tidur Aku sempat juga melihat cage Rabbit Aku…OK jerr diorang… dari firasat wife Aku, mungkin Run telah disengat oleh lipan atau di patuk ulor…maklumlah  rumah Aku kawasan kampung…so mungkin juga ada kebenarannya.
Sejak hari itu…Aku tengok Conan (BUCK) asyik temenung saja…makan pun sikit sikit…mungkin sedih kot…sebab kehilangan kawan, jadik Aku bertekat untuk cari pasangan baru untuk Conan…
 Conan (BUCK)


 Aksi Conan





Pencarian Aku akhirnya berhasil...tapi Aku tak dapat penganti LionHead..yang Aku dapat Teddy Bear...Teddy Bear nie Wife Aku letak nama...TuTy...dia yang beria ia nak sangat TuTy...terima kasih pada Fadzil Farm kerana memberi harga istimewa kepada Aku...
 Aku letakkan Conan dan TuTy dalam satu cage...dan sehingga kini mereka berdua cukup serasi..



 TuTy (DOE)


 Jelingan TuTy


.

No comments:

Post a Comment