Teman RAN's

Showing posts with label diet rabbit. Show all posts
Showing posts with label diet rabbit. Show all posts

Friday, June 10, 2011

1Perkongsian: Petai Belalang (Leucaena leucocephala)

dalam perkongsian yang lalu, aku ada nyatakan yang rabbit mesti diberi makanan hijau untuk mengimbangi diet...dan kini aku nak berkongsi tentang satu lagi makanan hijau yang bole diberi kepada rabbit....iaitu :

PETAI BELALANG

Petai Belalang (Leucaena leucocephala)  sejenis pokok rendang tropika yang tumbuh di kawasan semak samun...juga ditanam sebagai serat dan makanan haiwan ternakan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Petai_Belalang). 



boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter....Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang.

Buah petai belalang kaya dengan serat dan mengandungi protin yang tinggi sebagai makanan kepada ternakan seperti lembu dan kambing. Ternakan yang diberi makan buah petai belalang akan menghasilkan susu yang banyak. Pucuknya pula menjadi makanan kegemaran rusa.....(http://stanza-alam.blogspot.com/2010/06/petai-belalang.html)

ada juga orang ambil pucuk petai belalang dan di jadikan sebagai ulam-ulaman.....


apa yang aku nak kongsi adalan bekenaan dengan pucuk petai belalang....bagi anak anak rabbit yang dah bercerai susu...ambil pucuk petai belalang dan dijadikan makanan sementara sebelum di beri pallet....

AKU DAH CUBA...TADERR APA APA PROBLEM DENGAN RABBIT AKU

Friday, June 3, 2011

Rabbit OBes...1Masalah

korang pasti sukerr klu rabbit korang gemok dan montel...aku pun cam tu jugak...suke bebenor klu rabbit aku bila di peluk terasa kenyal otot ototnya...tapi klu terlalu montel..bole mendatangkan problem kat rabbit....orang klu terlebih montel disebut obes...gitu juga dgan rabbit....rabbit pun bole jadi obes...and bile rabbit dah obes maka..banyaklah problem ....

 
orang klu obes...penyakit seperti diabetes, high blood and heart attact bole bersarang dalam badan...camtu juga dengan rabbit...tapi setakat sekarang nie aku tak penah lagi dengor lagi ada rabbit yang dah "jalan" coz sebab penyakit diabetes and high blood...mungkin somebodi kena buat research nie...aku tak mampu nak buat pun coz selama nie aku tak penah blajar tentang vet atau bio...klu research dalam mechanical tu okay lerr coz itu memang field aku pun....

oppp!!!...telajak suda!!..back tu point....sebenornya rabbit jadik obes coz kerna makanan...pemilihan pallet yang penting...kita sebab terlalu sayang rabbit..pantang tengok bekas makanan rabbit kosong pasti nak tambah lagi dan lagi dan lagi...and rabbit tu plak makan lagi dan lagi dan lagi...dah lerr exercise malas..lemak  berlebihan tersangkut kat dinding kulit...so jadi lerr obes...

ramai sifu rabbit dan kasi tau...selain makan pallet..makanan hijau musti kena bagi juga..<<<makanan hijau????>>>...yelah makanan hijau cam sayur...rumput hay kerr...tapi buah buahan tak digalakan coz ada banyak gula.....tapi klu slalu sangat kasi sayur hijau pun ader problem juga...menurut org org tua @ lama...sayur bole buat kaki Rabbit jadik lemah..kadang kadang kita jumpa dengan masalah Rabbit tetiba ajerr jadi lumpuh...mungkin nie disebabkan oleh pemberian sayur yang tak sesuai dengan Rabbit..

klu nak kasi Rabbit dengan sayur..pastikan dibasuh dengan sempurna...dlm hal ini aku dah terkena..diawal pembabitan aku bela rabbit, aku kasi rabbit makan sawi...mungkin basuh tak betul kot..sekor anak angora aku 'jalan' kasi CPR pun dah tak bole...so redha ajerr lah...so aku suggest buat timetable untuk sesi makanan rabbit untuk dalam 1Minggu....

bila dan obes...jangka hayat rabbit jadik pendek...penyakit yang berkaitan dengan kaki dan tulang senang menyerang...penyakit seperti kudis pajak @ ulcerative pododermatitis akan menyerang..begitu juga dengan penyakit tulang...tahu tak rabbit jugak boleh terkena penyakit ortopedik seperti arthritis...>>>kesian lerr kat rabbit klu terkena arthritis..nanti bengkok bengkok tulang diorang...<<<

okay lerr stakat ini aku dapat kongsi...mudah mudahan bole dijadikan sumber maklumat......dan juga kie aka n dapat rabbit yang sihat n segar bugar......
Luna...Rabbit aku yang mengamalkan diet mingguan

Friday, April 29, 2011

Diet Rabbit: Daun Jenjuang (1 Perkongsian)

Sebagaimana yang diketahui ramai, rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Selain itu, rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam rajajuga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab amat mudah didapati terutama di kawasan kampung.
Namun apa yang Aku ini berkongsi adalah sejenis tumbuhan renek yang dikenali sebagai DAUN JENJUANG boleh dijadikan diet Rabbit juga..mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang khasiat daun ini...selain daripada dijadikan makanan Rabbit, tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk rawatan tradisional...

Aku kerap juga bagi Rabbit-Rabbit Aku makan daun Jenjuang...Aku akan carik-carikkan dahulu sebelum diberi kepada Rabbit..

Disini Aku perturunkan serba sedikit info tentang Daun Jenjuang

Nama Saintifik: Cordyline Terminalis
Nama Lain: Senjuang, Juang Juang
Family: Agavaceae


Gambar Pokok Daun Jenjuang


Pengenalan Pokok Daun Jenjuang
Pokok renek , batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang. Akarnya kembung menjadi ubi. Daun ringkas dalam susunan berpilin, bentuk memanjang, membujur atau berbentuk mata lembing, sepanjang 45 sm dan 7.5 – 15 sm lebar; tangkai daun panjang, leper, ada jenis berdaun hijau dan ada pula berwarna merah, merah jambu atau ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Jenjuang spesismerupakan tumbuhan asli di Asia tropika, Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan Polinesia. Ia ditanam di serata negara.

Kandungan
Ubi – kanji
Seluruh bahagian – Tanin, (Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan, mengatasi bengkak atau radang, menyembuhkan luka, lecur dan terbakar; serta melegakan mata yang terlalu letih.), karbohidrat, serabut dan mineral.


Kaedah pembiakan
Jenjuang ditanam dengan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Boleh menggunakan kaedah tut...... amat mudah ditanam di mana keratannya akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Jenjuang sesuai ditanam di dalam pasu, atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok.


Khasiat Ubatan
***Nota : Jenjuang atau senjuang merujuk kepada beberapa spesis tumbuhan. Untuk tujuan ubat herba, hanya spesis tercatat yang dimaksudkan.

Akar : Air rebusan diminum untuk merawat batuk darah, cirit-birit, disentri, kencing berdarah, kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.
Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.
Daun :
  • Air rebusan diminum untuk merawat batuk, batuk darah, disentri, demam panas, kencing berdarah dan perit, kurang atau pun tiada haid, penyakit di dalam ginjal, tibi dalam paru-paru, sakit kepala dan radang usus.
  • Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.
  • Daun segar ditumbuk lumat, cecairnya diperah dan dititiskan pada luka dan lebam. Daun segar yanmg ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar ditampal pada bisul, kudis, kudis cacar dan sakit sendi.
Kayu : Kulitnya dikikis halus-halus, dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.
Ubi : Dimakan bersama daun sirih untuk menghentikan cirit. Ubinya daripada pokok yang berdaun merah dimakan bersama daun sirih untuk merawat disentri.

OK cukup disini info tentang Jenjuang...jika aku free Aku akan cuba kongsi info yang lain pula........
.