Teman RAN's

Showing posts with label NZW. Show all posts
Showing posts with label NZW. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Chinchilla X NZW for sale

Salam sejahtera....ada sekor rabbit jantan baka cross Chinchilla-NZW nak di letgo...Umur 4 bulan pada 29/12/2011....Hampir matang....Harga RM50 sahaja (bole nego)...call / sms ZAM 0134666794...Area Sg Petani...penghantaran boleh dilakukan untuk kawasan sekitar SP....


Dam : Mummy (NZW)
Sire :  Naruto (Chinchilla)
DOB : 29/7/2011
BUCK (Jantan)




Saturday, May 28, 2011

Update Terkini ~ Mummy


     SUNGAI PETANI, 27 Mei, brita mengembirakan di Rabbit Anna Nocah apabila Mummy telah selamat melahirkan 6 ekor anak. Menurut tuan punya Rabbit, selepas ujan reda beliau telah keluor untuk memeriksa gage Rabbit -  kerna kuatir Rabbit - Rabbit nya kesejukkan, Apabila saja sampai di gage Mummy tetiba kelihatan ada benda begerak gerak di sebalik bulu yang dicabut Mummy. Muskil degan keadaan tersebut, tuan punya Rabbit melakukan siasatan dan hasilnya terdapat 6 ekor anak anak Rabbit. 
     Pabila ditanya wartawan tentang jam kelahiran anak anak Mummy, tuan punya Rabbit memaklumkan bahawa waktu kelahiran dianggarkan pada jam sebelum 1.30 pagi. Ini kerna, beliau kluor melawat pada jam 1.30 pagi. Beliau juga memgucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan Rabbit (blogger atau FB!rian) yang banyak membantu dalam mempelajari kaedah "manting". Menurut beliau, Mummy di "mating-kan" hanya selama 5 min sahaja.
     Beliau juga menyatakan untuk mengadakan kenduri kesyukuran kerna rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Upacara tersebut akan di uar-uarkan komdian. Gambo anak anak Rabbit seperti ditunjukkan dibawah.

Anak Anak Mummy (NZW)  !DOB: 27/5/2011


<<laporan Makbidan at news@rabbitreqister.kom>>

Friday, May 27, 2011

Mummy


setelah Aku nunggu dan nyangkung untuk kesekian kali...akhirnya Mummy mula mencabut bulu-nye...ini adalah petanda positif bagi Rabbit Anna Nocah.....

Mummy bersama nestbox kesukaannya



harap - harap 2-3 hari lagi Mummy akan jadik Real Mummy.....

Friday, April 15, 2011

Keluarga Baru Rabbit Anna Nocah

CUMI (DOE) (Buck)
...ilmu didada kurang..so tersalah pilih gender...nampak gaya nak kena carik teman utk Cumi nanti...

KIKI (DOE)



MAMMY 
Mammy sedang menunggu untuk kelahiran pertama...mungkin 16/17 April nanti Mummy akan menjadi ibu...diharapkan...Mummy mampu menjaga anak anaknya dengan baik....sebagai persediaan. awal.aku telah letakkan kotak beranak untuknya...Mummy sekarang agak agresif..selalu sahaja dia mencabut bulu...jadi setiap masa samada Aku atau Wife akan mengumpul kembali bulu bulu yang dicabut Mummy..
setelah menunggu hingga 21 April..ternyata Mummy Bunting Palsu

NANA (DOE)


UTEH (BUCK)