Teman RAN's

Tuesday, May 31, 2011

Noly Siangora

Satu kejutan, apabila pada pagi tadi (30/5/2011)...tetiba Noly Siangora mencabut bulu...abis berterabur bulu die...terpaksalah Wife aku kumpul balik dalam nestbox...ngat lagi 2-3 hari lagi baru die nak beranak...tapi petang tadi tengok dah pun beranak....4 ekor plak tuuu....dan dalam sekor tuu berkulit agak hitam...yang lain merah normal jerrr....ini kali pertama Noly beranak...harap harap pandai lerr die jaga anak anak die...
4 ekoq anak Noly...dan sekor tu berkulit hitam n kepala die ada strike merah


Di sebabkan bulu Noly tak banyak dicabut...so aku ambik kertas untuk support.....rupenye Noly tak suka...dikeluarkan semuanya kat tepi nestbox....

Sebenarnya Noly Siangora adalah pemberian Adik ipar aku...disebabkan Aku berminat dengan Rabbit, maka dia pun bagi lerr sekor...Noly aku mantingkan dengan Naruto...sama seperti Mummy....

Saturday, May 28, 2011

Update Terkini ~ Mummy


     SUNGAI PETANI, 27 Mei, brita mengembirakan di Rabbit Anna Nocah apabila Mummy telah selamat melahirkan 6 ekor anak. Menurut tuan punya Rabbit, selepas ujan reda beliau telah keluor untuk memeriksa gage Rabbit -  kerna kuatir Rabbit - Rabbit nya kesejukkan, Apabila saja sampai di gage Mummy tetiba kelihatan ada benda begerak gerak di sebalik bulu yang dicabut Mummy. Muskil degan keadaan tersebut, tuan punya Rabbit melakukan siasatan dan hasilnya terdapat 6 ekor anak anak Rabbit. 
     Pabila ditanya wartawan tentang jam kelahiran anak anak Mummy, tuan punya Rabbit memaklumkan bahawa waktu kelahiran dianggarkan pada jam sebelum 1.30 pagi. Ini kerna, beliau kluor melawat pada jam 1.30 pagi. Beliau juga memgucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan Rabbit (blogger atau FB!rian) yang banyak membantu dalam mempelajari kaedah "manting". Menurut beliau, Mummy di "mating-kan" hanya selama 5 min sahaja.
     Beliau juga menyatakan untuk mengadakan kenduri kesyukuran kerna rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Upacara tersebut akan di uar-uarkan komdian. Gambo anak anak Rabbit seperti ditunjukkan dibawah.

Anak Anak Mummy (NZW)  !DOB: 27/5/2011


<<laporan Makbidan at news@rabbitreqister.kom>>

Friday, May 27, 2011

Mummy


setelah Aku nunggu dan nyangkung untuk kesekian kali...akhirnya Mummy mula mencabut bulu-nye...ini adalah petanda positif bagi Rabbit Anna Nocah.....

Mummy bersama nestbox kesukaannya



harap - harap 2-3 hari lagi Mummy akan jadik Real Mummy.....

Saturday, May 14, 2011

Tambah dan Bertambah

Hari ini (13/5/2011)...sambil duduk bersantai depan komputer, tangan nie gatai nak jump dari satu blog ke blog yang lain......tetiba Aku ter'jump' ke dalam blog Kuchiwasan Cattery. Ent (http://kuchiwasancattery.blogspot.com/) 


.... mata Aku terus tertumpu kepada beberapa ekor Rabbit yg nak di letgo...aduhai cute sungguh Rabbit yang ada kat sini....secara tiba - tiba terus aku jatuh hati dekat  Rabbit - Rabbit nie....


tanpa berlenggah aku trussss contact En Aafifi....tuan punya Rabbit...maka kami bersetuju untuk berjumpa......dan hasilnya......2 ekoq Rabbit dari Kuchiwasan Cattery. Ent bermalam di rumah Aku untuk selama lamanya....anak-anak Aku....Achik dan Angah sebulat hati namakan 2 ekoq Rabbit ini dgn nama Tommy dan Luna....sebab apa depa pilih nama nie...aku pun tak tau.....bila tanya dekat depa....kata depa "KAMI SUKA NAMA NIE"....Aku turut sajalah kehendak anak - anak kerana....ADA AKU KISAH....ada nama ka..tadak ka...pasti Rabbit - Rabbit nie tetap akan jadi induk....dan apa yang aku pasti....bilangan Rabbit di dekat Rabbit Anna NoCah bertambah lagi dan lagi....

Luna (Jr DOE)



Tommy (Jr BUCK)

Aku berharap Tommy dan Luna akan memberikan Aku pulangan yang TeRBAEEEEK...

Monday, May 9, 2011

1Perkongsian: Rabbit Body Language and Behavior

Rabbits have a language all their own. here are some tips on interpreting your bunnies hops, kicks and grunts.

  • Chinning — Their chin contains scent glands, so they rub their chin on items to indicate that they belong to them. Same as a cat rubbing its forehead on people and objects.
  • Binky — (Dancing and hopping madly): A sign of pure joy & happiness!
  • Standing on Hind Legs — May be checking something out. Also used for begging. Rabbits are worse than dogs about begging, especially for sweets. Beware of giving the rabbit treats as overweight rabbits are not as healthy as trim rabbits.
  • Flat on the ground, legs spread out to the side or behind — Relaxation, bliss
  • Upside down, legs in the air — Your rabbit will only do this when in total bliss, and often after a big bout of binkying.
  • Territorial droppings — Droppings that are not in a pile, but are scattered, are signs that this territory belongs to the rabbit. This will often occur upon entering a new environment. If another rabbit lives in the same house this may always be a nuisance.
  • Playing — Rabbits like to push or toss objects around. They may also race madly around the house, jump on and off of the couch and act like a kid that's had too much sugar.
  • Thumping — Rabbits often are displeased when you rearrange their stuff. They are creatures of habit and when they get things just right, they like them to remain that way, and may thump in anger.
  • Thumping — He's frightened, mad or trying to tell you that there's danger (in his opinion).
  • Tooth Grinding — Indicates contentment, like a cats purr. Loud grinding can indicate pain.
  • Tooth Chattering — Loud grinding or chattering can indicate pain.
  • Sniffing — May be annoyed or just talking to you. Some unspayed females sniff loudly when being handled.
  • Grunts — Usually angry, watch out or you could get bit!
  • Honking — Sign of horniness, usually in an unneutered male.
  • Shrill scream — Extreme pain or fear.
  • Feet circling — Usually indicates sexual behavior. He/She's in love.
  • Spraying — Males that are not neutered will mark female rabbits in this manner as well as their territory. Females will also spray.
  • Pulling out hair; collecting hay — This could be a pregnancy or a false pregnancy. Usually just unspayed females may build a nest & pull hair from their chest & stomach to line the nest. They may even stop eating as rabbits do the day before they give birth. 

source : http://www.rabbit.org/behavior/body-language.html


    Wednesday, May 4, 2011

    Contest

    Sepanjang mencintai hobby bersama Rabbit.. Aku ada menyertai 2 contest....bukan contest Rabbit tercantik (tapi satu hari nanti klu ada rezeki...Aku pasti akan menyertai Rabbit Show)...tapi contest yg berkaitan dengan dunia Rabbit...salah satu adalah contest mencipta logo yang dianjurkan oleh Rabbit Lovers @ Pencinta Arnab


    bukan kemenangan yang Aku target tapi semangat bersama rakan-rakan yang meminati dunia Rabbit; yang paling utama...di bawah ini terdapat 2 logo hasil ciptaan Aku....yang mana satu?...nanti Aku kabor kemudian setelah selesai kerja pengundian...

    2 daripada logo yang terpamer ini adalah milik Aku



    "Pet & Grass" contest dari CozyCavy pun aku join....dateline pun dah tak berapa hari lagi...klu ada rakan rakan Rabbit yg berminat... masih boleh join....


    untuk contest ini aku guna pic dari Shirro dan Surri...



    WIN or LOSS...bukan  TARGET UTAMA....kerana melalui 2 contest ini aku telah mendapat ramai rakan yang meminati hobby seperti Aku........HIDUP PEMINAT RABBIT!!!