Teman RAN's

Monday, March 14, 2011

Memulakan Langkah Pertama...... Aku & Rabbit

Asalnya keinginan untuk memelihara arnab timbul apabila anak Aku  yang ketiga (Achik) terlalu excited dengan haiwan peliharaan. Achik terlalu suka bermain dengan kucing kesayangannya (dinamakan Mimi oleh Achik)..sehinggakan Mimi dibawa tidur bersama....kadang kadang Achik mendukung Mimi dan dari permerhatian itulah maka Aku dan Wife bersepakat untuk mencari seekor rabbit untuk Achik...
Langkah pertama yang Aku lakukan adalah dengan mencari maklumat melalui internet....dan baru aku tahu bahawa ramai juga yang meminati rabbit dengan menjadikan rabbit sebagai haiwan peliharaan...dan ada juga yang menjadikan rabbit sebagai punca pendapatan tamabahan...
Dari internet aku mula mengenali jenis jenis rabbit....aduhai banyak betul jenisnya....Aku cuba dapatkan masalah yang akan Aku hadapi jika memerlihara rabbit....setelah Aku rasa cukup dengan sedikit ilmu yang Aku dapat maka langkah seterusnya Aku cuba untuk dapatkan rabbit....
Hendak dijadikan rezeki....sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina...rakan baik aku telah menghadiahkan sepasang rabbit jenis Lion Head....kebetulan pula tahun ini tahun Arnab....dan dengan gembiranya aku menerima pemberian rakan baik dengan penuh kesyukuran...Aku dan Family bersepakat menamakan rabbit pertama kami dengan panggilan Conan dan Run (mengambil nama dari siri karton kesukaan anak sulung Aku .... Along)...dan dengan ini rasmilah Family aku memelihara RABBIT....